Tuesday, February 21, 2012

Mummy & Babah to be.. :)

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana Kau telah kabulkan doa-doa kami... terima kasih Ya Allah kerana Kau memberi kami peluang untuk merasai salah satu nikmat terhebat dari-Mu.. terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki-Mu ini...

Ya Allah.. Kau panjangkanlah nyawa benih di dalam rahimku ini.. berilah dia peluang untuk hidup dan berjumpa dengan orang-orang yang mencintainya.. berikan juga kami peluang untuk menjaga amanah dari-Mu ini sebaik yang mungkin.. Kau berikanlah aku segala kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menempuh dugaan dan ujian-Mu, jadikanlah kami ibu bapa yang bertanggungjawab dengan amanah yang Kau kurniakan.. jauhkan kami dari segala kejahatan, kezaliman dan hasutan syaitan.. serta Kau lindungilah kami sekeluarga dan berikan kami perlindungan dan keselamatan daripada segala kesusahan....

Sesungguhnya Kau lah Tuhan yang memberi rezeki dan Maha Mengetahui...

Amin Ya Rabb.........