Thursday, May 13, 2010

~ Demam Piala Thomas ~


PROUD TO BE MALAYSIAN!!!

hihi..aku tgh bersemangat ni memandangkan semi final Thomas CUP antara Malaysia dgn China bakal berlangsung petang ni pukul 7.. pastinye aku akan pulang ke rumah sejurus sahaja waktu bekerja tamat pd pukul 6 ptg..

mengimbau kembali permainan skuad badminton Malaysia pd quarter final kelmarin, aku dgn housemates aku mmg xsenang duduk dok bersorak [walaupon mereka di stadium tidak mendengar] sehingga kan tiada langsung konsentrasi utk kami bermain bowling [sbb mase tu ktorg dok g main bowling kt Ampang Point]. aku yakin sangat seronok kalau berada di stadium Bukit Jalil bersorak, bertempik menyaksikan perlawanan yang hebat itu. persembahan yang mantap, hebat dan bertenaga ditonjolkan oleh semua pemain negara membuatkan kami juge bersemangat utk menyokong walaupon dr jauh!! kalo la permainan sebegitu yg ditonjolkan dr awal sewaktu pertembungan dengan Jepun pd peringkat kumpulan, sudah tentu kita boleh menang..! tp xmengapa, yg lepas biarkan ia.. jadikan itu satu pengajaran dan semangat utk kita merampas kembali Piala Thomas! yeay!
berkata tentang pemain negara, Dato' Lee Chong Wei, pemain ini tidak perlu lagi kita pertikaikan bakat dan kesungguhan beliau.. kemungkinan besar beliau bakal bertembung dgn Lin Dan pd petang ni bakal memberikan persaingan yg sengit utk pemain dr China itu! yakin bole CW!! begitu juga utk pasangan regu negara, Koo Kein Kiat & Tan Boon Heong, sudah semestinya permainan menarik bakal mereka tonjolkan petang ni..yakin, sudah semestinya kita bole menang! dan utk perseorangan kedua Wong Choon Han dan juga perseorangan ketiga Mohd Hafiz Hashim, jangan kita merendah2kan permainan mereka kerana aku yakin mereka juga bakal mempersembahkan satu permainan yang bersemangat dan kita sebagai rakyat Malaysia akan berbangga dengan mereka! dan terkahir utk pasangan regu bidan terjun, Mohd Zakry dan pasangannya yg masih belum ditentukan siapa, moga2 mereka juga mampu utk menonjol dan memberikan satu persembahan yang boleh kita semua bangga kan.. apa yang penting, semangat sepasukan, semangat juang, semangat kesukanan dan semangat cintakan negara perlu ada dlm setiap diri pemain, juga kita sebagai penyokong haruslah mendoakan agar skuad badminton piala thomas negara kita diberikan kekuatan dan semangat yang luar biasa utk memiliki semula Piala Thomas setelah kemarau selama 18 tahun.. HIDUP MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEH!! YIIHHAAAA!!!!

2 comments:

ct noryzan said...

mak aihh!! pic pecah kot..ahahaha..
tu je komen sye..sekian..

:: ChEQaLA :: said...

ok la pecah drpd xde langsung..yg penting semangat kesukanan kot! hahah