Tuesday, November 11, 2008

:: Hati Ini ::

Wahai hati....
Kenapa kau masih keliru dgn perasaan kau sendiri?
Ape yg kau nk putuskan sudah kau putuskan...
Utk apa keresahan itu?
Jangan begitu wahai hati.. dia mmg bukan utkmu...
Kau sendiri putuskan begitu...

Kalau mmg dia bukan utkku, kenapa aku diketemukan dgn dia?
Apa gunanya pertemuan itu? apa gunanya perasaan itu kalau semuanya hanya utk menyakitkan aku?

Wahai hati...Allah mengetahui siapa pasanganmu...Allah mengetahui ape yg terbaik utkmu..
Kau kuat, bukan? kau pernah lalui dugaan yg lagi hebat dgn dugaan ini..
Kenapa kali ini kau lemah menghadapinya?
Lepaskanlah dia...berikan dia ruang utk dirinya sendiri...
Dia perlukan kekuatanmu utk mencari kekuatan dirinya..
Kau harus lepaskan dia..

Dan kini...
Kini aku yakin yg aku sudah lepaskan dia...
Dia perlukan hidupnya...dia perlukan masa utk kenal dirinya sendiri..
Dia perlukan waktu utk mencari apa yg terbaik utknya..
Aku sayangkan dia, dan kerana sayang itulah aku lepaskan dia...
Utk kebahagiaan dia...aku rela korbankan perasaan itu...

Malam td aku bermimpi..
Mimpi segala kenangan terindah sewaktu bersamanya...
Segalanya jelas dalam mimpi itu..
Mungkin kerana aku terlalu byk berfikir sebelum melelapkan mata...
Masih jelas dlm mimpi itu, dia katakan yg dia cintakan aku..
Tapi bayangnya semakin jauh, suara yang menyatakan cinta itu semakin sayup...
Mungkin itu satu petanda yg aku sebenarnya sudah benar2 rela utk melepaskan dia...

Apa yg aku buat ini benar..jadi xperlu utk aku berpatah balik..
Aku yakin benar.... inilah hikmah-Nya...
Aku tidak lagi mengharapkan cintanya...
Aku tidak lagi mengharapkan kasih darinya..
Aku tidak lagi mengharapkan sesuatu darinya..
Kini aku teguh utk berdiri di kakiku sendiri..
Jauh dari sudut hari, aku amat mencintai dia..
Perasaan itu tetap terpahat di hati, cuma aku sahaja yg tidak dapat memiliki cinta itu...
Apa yang aku harapkan darinya, dia juga sepertiku..
Maafkan aku kerana buat kau beranggapan yg aku tidak memahamimu...
Maafkan aku kerana buat kau rimas dgn apa yg berlaku...
Aku kini sebagai kawan, bukan lagi sebagai seseorang yg memiliki hatimu..
Doaku agar kau kuat menghadapi segalanya..

No comments: